Terms and Conditions

Last Updated on February 1, 2023 by Ubat Kuat Lelaki

SYARAT DAN TERMA

Dengan melayari laman web UbatLaki.com (selepas ini disebut Ubat Kuat Tahan Lama), anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

Terima kasih kerana melawat laman web Kedai Dewasa. Laman web Kedai Dewasa telah disediakan kepada anda tertakluk kepada pematuhan anda terhadap terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dokumen ini dengan teliti sebelum bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang kami tetapkan. Jika tidak, anda tidak perlu mengakses atau menggunakan laman web ini.

MENGETAHUI TENTANG MAKLUMAT

*Disclaimer: Testimonials are not claimed to represent typical results.

*Disclaimer: Individual Results may vary

Money back guarantee if not Original Product

PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA
Sila semak Terms and Conditions kami untuk memahami amalan kami mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda.

KOMUNIKASI SECARA ELEKTRONIK
Apabila anda melawat Kedai Dewasa atau menghantar e-mel kepada kami, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Oleh itu, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik atau melalui cara lain mengikut kemampuan kami. Kami akan menggunakan medium elektronik sama ada melalui telefon. Segala perjanjian, pendedahan, notis, dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik adalah menepati kehendak undang-undang di mana komunikasi tersebut dibuat secara bertulis.

HAKCIPTA DAN LESEN
Seluruh kandungan laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada: teks, grafik, logo, ikon grafik, klip Flash, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian, adalah hak milik Kedai Dewasa, rakan usaha sama, atau pengeluar dan ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan cap dagangan di seluruh dunia.

Anda tidak boleh mengubah, menyalin, mengeluarkan semula, menerbit, memuat naik, menyiarkan, menghantar, atau mengedar mana-mana bahagian yang terkandung dalam laman web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Kedai Dewasa terlebih dahulu. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk menerbitkan sehingga 200 perkataan pertama daripada sebarang teks mahupun entri blog dengan syarat anda tidak mengubah atau menukar salinan itu, dan menyatakan pautan kembali ke laman web Ubat-kuat.com.

Anda boleh mencetak atau memuat turun mana-mana bahagian dari laman web ini untuk kegunaan peribadi dengan syarat anda bersetuju untuk tidak mengubah atau memadam mana-mana notis hakcipta atau hakmilik yang terkandung dalam laman web ini. Jika terdapat pelanggaran hakcipta terhadap mana-mana kandungan dalam laman web kami yang melibatkan pihak ketiga, sila maklumkan kepada kami dengan segera.

Penghantaran fail, termasuk tetapi tidak terhad kepada: resume, e-mel, klip Flash, imej, logo, klip audio, dan perisian lain dengan ini merupakan persetujuan daripada pihak anda untuk membenarkan Kedai Dewasa mengeluarkan semula, mengedarkan, memindah, mengadaptasi fail-fail tersebut secara bukan ekslusif, bebas daripada royalti, disublisensikan, berlesen kekal dan dipaparkan di seluruh dunia. Anda juga tertakluk untuk memberikan hak kepada pihak Kedai Dewasa untuk menggunakan nama anda untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan promosi.

LESEN DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB
Kedai Dewasa memberikan anda lesen terhad untuk mengakses dan menggunakan laman web ini untuk tujuan peribadi dan untuk tidak memuat turun (selain daripada untuk tujuan menyimpan halaman atau “cache”) atau mengubah suai laman web ini atau mana-mana sekalipun, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak Kedai Dewasa.

Laman web ini atau mana-mana bahagian dalam laman web ini tidak boleh diterbitkan semula, disalin, diadaptasi, ditiru, dijual, dijual semula, dipindah atau dieksploitasi untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada pihak Kedai Dewasa. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana teknik untuk menyertakan tanda dagangan, logo, atau maklumat yang lain (termasuk imej, teks, klip Flash, susun atur halaman, atau borang) yang menjadi hakmilik Kedai Dewasa tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Kedai Dewasa. Anda tidak boleh menggunakan tag META atau mana-mana “teks tersembunyi” yang menggunakan Kedai Dewasa atau mana-mana penerbitan kami yang lain termasuk nama syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pihak Kedai Dewasa.

Dengan ini, anda diberi hak yang terhad, boleh dibatalkan, dan tidak eksklusif untuk menyatakan pautan ke halaman utama laman web Kedai Dewasa selagi pautan tersebut tidak menggambarkan perkara-perkara yang palsu, mengelirukan, menghina, atau bersifat kesat.

Selanjutnya, adalah difahamkan dan dipersetujui yang Kedai Dewasa tidak menjamin bahawa fail yang sedia untuk dimuat turun melalui laman web Kedai Dewasa ini bebas daripada jangkitan atau virus, cecacing atau kod lain yang mencemarkan atau merosakkan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melakukan perlindungan dan prosedur yang mencukupi untuk memastikan bahawa mana-mana fail yang diperoleh daripada laman web Kedai Dewasa bebas daripada pencemaran tersebut.

PENAFIAN JAMINAN DAN HAD LIABILITI
Laman web ini dan maklumat berkaitan yang disediakan oleh Kedai Dewasa adalah muktamad. Kedai Dewasa tidak membuat jaminan, gambaran atau sokongan secara nyata atau tersirat, atau berdasarkan pengendalian laman web ini mahupun maklumat, kandungan, bahan dan produk yang terkandung dalam laman web ini. Anda bersetuju yang penggunaan anda terhadap laman web ini adalah atas risiko anda sendiri.

Dengan had yang dibenarkan oleh undang-undang, Kedai Dewasa menafikan semua jaminan, yang nyata atau tersirat, termasuk tanpa had, jaminan tersirat terhadap kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Kedai Dewasa tidak menjamin bahawa laman web ini, pelayan web, atau e-mel yang dihantar dari Kedai Dewasa bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain. Kedai Dewasa tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang yang timbul daripada penggunaan laman web ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada kerosakan secara langsung, tidak langsung, sampingan, punitif, dan hasil sampingan.

Kedai Dewasa akan memastikan untuk menyertakan maklumat yang tepat dan terkini di laman web ini. Kedai Dewasa tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesalahan tipografi atau kesilapan lain atau kandungan yang tidak disertakan. Sekiranya harga produk yang tersenarai adalah salah atau mempunyai maklumat yang tidak tepat, Kedai Dewasa mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan terhadap produk yang mempunyai maklumat yang tidak tepat tersebut.

Undang-undang negeri yang tertentu tidak membenarkan had terhadap jaminan tersirat atau pengecualian atau sesetengah had ganti. Jika undang-undang ini berkaitan dengan anda, sebahagian atau semua penafian, pengecualian atau had yang telah dinyatakan tidak mungkin dikenakan kepada anda, dan anda mungkin mempunyai hak tambahan.

PAUTAN PIHAK KETIGA
Laman-laman web yang dipaut bukan dibawah kawalan Kedai Dewasa, dan Kedai Dewasa tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman yang dipaut atau mana-mana pautan yang terkandung dalam laman yang dipaut. Kedai Dewasa menyediakan pautan kepada anda hanya sebagai kemudahan, dan penglibatan mana-mana pautan tidak membayangkan atau membentuk sokongan oleh Kedai Dewasa terhadap laman web tersebut.

UNDANG-UNDANG BERKENAAN
Dengan melawat laman web Kedai Dewasa ini, anda bersetuju bahawa undang-undang negeri Selangor, akan mengawal syarat-syarat penggunaan dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul antara anda dan Kedai Dewasa tanpa mengambil kira konflik kepentingan dalam undang-undang.

JAMINAN GANTI RUGI
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak membahayakan Kedai Dewasa, pegawai, pengarah, pemilik, rakan kongsi, pekerja, ejen, pemegang lesen, pembekal dan mana-mana penyampai maklumat daripada pihak ketiga untuk laman web daripada dan terhadap semua kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos termasuk yuran peguam, akibat daripada sebarang pelanggaran syarat-syarat penggunaan (termasuk kelakuan cuai atau salah laku) oleh anda atau penggunaan dan akses anda terhadap laman web Kedai Dewasa.

PENGGUNAAN ANTARABANGSA
Memandangkan sifat global internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan-peraturan tempatan termasuk, tanpa had, peraturan menggunakan internet, data, e-mel, privasi, hak cipta, dan pelanggaran cap niaga. Selain itu, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai berkenaan dengan penghantaran data teknikal yang dieksport dari Malaysia atau negara tempat anda menetap.

PERUNTUKAN LAIN
Kegagalan Kedai Dewasa untuk menguatkuasakan pelaksanaan ketat terhadap sebarang peruntukan Terma dan Syarat tidak boleh ditafsirkan sebagai pengenepian mana-mana peruntukan atau hak. Sebarang pengendalian antara pihak atau amalan perdagangan tidak akan mengubahsuai mana-mana peruntukan syarat-syarat penggunaan. Kedai Dewasa boleh menyerahkan hak dan tugasnya di bawah syarat-syarat penggunaan mana-mana pihak tanpa memberitahu anda. Jika terdapat mana-mana bahagian dari syarat-syarat ini yang dianggap tidak sah, terbatal, atau tidak boleh dilaksanakan berikutan apa-apa sebab sekalipun, syarat itu hendaklah diasingkan supaya tidak menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan mana-mana syarat yang tinggal. Mana-mana hak yang tidak dinyatakan secara jelas adalah terpelihara.

PENGURUSAN JAMINAN DAN ADUAN
Pihak Kedai Dewasa akan melaksanakan tanggungjawab kami yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat mahupun mana-mana bahagian yang dinyatakan di dalam laman web ini dengan berhemah untuk memastikan pihak pelanggan berpuas hati dengan sebarang servis dan pengendalian yang kami lakukan.

Jika terdapat sebarang kesulitan mengenai laman web mahupun tempahan anda, anda boleh menghubungi kami sama ada melalui panggilan telefon atau e-mel. Kami akan cuba membantu anda mengikut kemampuan kami bagi menyelesaikan sebarang kesulitan dan masalah yang dihadapi. Jika kesulitan tersebut melibatkan pihak ketiga seperti pihak pengeluar dan pengiklan, kami mungkin akan mengambil tempoh masa yang lebih dari jangkaan kami bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Jika pihak anda tidak mendapat sebarang respon atau maklum balas daripada pihak kami dalam tempoh 5 hari bekerja, sila buat pertanyaan lanjut.

PENGIKLANAN
Kami akan berusaha untuk mematuhi sebarang peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkaitan berhubungan dengan sebarang pengiklanan yang dibuat sama ada di dalam laman web ini mahupun pengiklanan yang kami lakukan di dalam media lain.

SITUASI LUAR KAWALAN (FORCE MAJEURE)
Pihak Kedai Dewasa tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran, kelewatan atau halangan yang berada di luar kawalan kami, termasuk atau tanpa had, sebarang kejadian bencana alam, kemalangan, kegagalan elektrik, internet dan telekomunikasi atau sebarang insiden yang melibatkan pihak ketiga (kerajaan, penggodam, pembekal, pengiklan atau pengangkutan) sama ia adalah situasi yang dipersoalkan atau dijangkakan.

Pihak kami atau anda boleh menamatkan kontrak dengan serta-merta melalui kenyataan atau notis bertulis apabila keadaan di luar kawalan atau Force Majeure berlaku selama 2 hari bekerja atau lebih. Jika kami ditegah untuk memenuhi tanggungjawab kami untuk menghantar tempahan anda disebabkan oleh Force Majeure, pihak kami boleh menentukan tindakan seterusnya.

PENGUBAHSUAIAN TERMA DAN SYARAT
Kedai Dewasa berhak untuk menukar terma, syarat, dan notis pada bila-bila masa sahaja, dan sebarang pengubahsuaian berkuatkuasa serta-merta sebaik sahaja ia dimuat naik di laman web kami. Penggunaan anda yang berterusan terhadap laman web ini dianggap persetujuan anda ke atas sebarang pengubahsuaian ke atas terma dan syarat yang dibuat. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengkaji syarat-syarat penggunaan serta syarat-syarat atau notis tambahan di laman web Ubatkuattahanlama.com

Terima kasih kerana gigih membaca Terms and Conditions